Wednesday, 27 March 2019

Diet NASI!!!

Masuk hari ke 4 berdiet.

Aku tak berani nak kata aku dah 4 hari diet ATKINS. Tapi aku berani sebut yang aku da 4 hari TAK MAKAN NASI!!!

Sebab apa bukan ATKINS?

Sebab aku tak dapat nak konsisten jaga pantang larang dia. 

Cuti sekolah der. Ramai tetamu datang. dari sepupu sepapat sampailah ke anak saudara. Aje gila aku nahan diri nengokkan hidangan depan mata. But well, TAHNIAH untuk diri aku yang masih mampu bertahan untuk TIDAK MAKAN NASI!

Hari kedua pergi gym. Hari ini ada improvement sikit dari aspek menu exercisenye sebab aku jumpa video "Weight work out with dumbbell in gym..." bla...bla...bla.... panjang lebar tajuk dia.

Uncle Snorlax & his nephew after workout

Anak saudara aku semangat nak follow ammi dia gi gym sampai sanggup kayuh basikal balik kampung! Huhuhu..

Dalam 10 minit pun tak sampai dia kayuh tu. Rumah dekat taman depan tu je pun.

Jadi habis work out, gerak ke plan seterusnya uruskan kereta untuk diservis. Pergi kedai alat sukan, tengok raket badminton aku da siap baiki ke belum. Then pergi minum, sebab pagi tadi sikit gila makan. Korang boleh tengok list menu aku hari ini kat bawah.

Kesimpulan, hari ini diet ATKINS aku ke laut dalam. Nasi still boleh tahan lagi tak makan. Secara kesuruhan aku bagi 2 daripada 5 bintang usaha diet aku hari ini. Sebab banyak sangat kantoi. 

Semoga aku kuat!

Sarapan:
Jam - 8.30am
Suku roti coklat gardenia + air Xtive
(sebab aku baca situ sebungkus 28gram karbo, min sehari karbo 20g je. sebab tu aku ambil suku)

Xtive Fat Burner

Lunch:
Jam - 11..30am
Ikan keli goreng seekor + ulam timun & kacang panjang + daging goreng
Teh 0 ais kurang manis

Minum Petang:
Jam - 3.30pm
Goreng pisang + Cucur udang + Sirap kurang manis 


Dinner:
Jam10.00pm
Mee Bandung Muar + Burger Crispy + Burger Double Beef
(please... dont ask)

Korang nampak ke mana dinner aku pergi?

Air Masak:
6 liter

Tuesday, 26 March 2019

Xtive Activate!

26 Mac 2019
1840

Yup, just like the title said. This is D-day.

Secara rasminya Xtive Fat Burner dibuka. Debuan merah jambu. Diiringi dengan bauan Ribena anggur yang harum. Dibancuh dalam shaker percuma. 

1 sudu hanya utk 250ml air!

Well done. Rasanye tak pelik pun. Drinkable. Manis sgt, dekat depan tulis 100% stevia. Aku pegang!

So, tentatif cuti hari ini. Selain daripada hari pertama buka Xtive Fat Burner. Hari ini juga merupakan hari pertama aku melangkah kembali ke GYM. Yup, GYM!

Thanks to my adorable nephew yg sudi menemani sekaligus memberi semangat kepada Ammi dia ni. Anak saudara aku semua panggil aku Ammi. Perkataan bahasa arab yang membawa maksud pakcik saudara.

Seriously, sebelum ni aku sangat liat untuk mula semula rutin gym ni. Sebab banyak sangka dan rasa.

Aku rasa macam nanti brother kaunter tu pandang lain, sebab dulu dah pernah pergi, tapi sampai la ni gitu juga.

Aku rasa macam customer lain dalam gym tu akan berbisik sinis antara mereka bila tengok lelaki gemuk 150kg masuk dalam gym.

Aku rasa macam hari ini mungkin aku boleh pergi. Mungkin hari lain aku akan sebuk semula dengan kerja dan tugasan yang banyak. Jadi rugi je mula.

Dan pelbagai lagi bisikan rasa-rasa yang menjahanamkan!

GUYS, IF YOU FEEL THE SAME AS ME RIGHT NOW, 

OPEN YOUR EYES!

THERE WERE NO ONE TALKING ABOUT US AT ALL!!!

For some reason, aku melangkah masuk ke dalam gym sambil tersengih macam kerang busuk. Sebab aku kenal brother kat kaunter tu walaupun aku dah lupa nama dia. Tanpa ada sebab yang musabah aku rasa segan dan malu pula dengan dia.

You know what? He doesn't even remember me! Well until we talked for a few minutes, then he remember me.

Customer lain macam mana? 

Well, sebab kami datang jam 8.30 pagi. So tak ramai orang lagi. Memang ada dikalangan mereka yang menjeling-jeling manja tengok aku, tapi bukan nak tengok sangat aku pun. Alah macam aku gak, sambil exercise aku ada gak usha-usha orang lain work out. Gitulah diorang punya mata.

Semua tu perasaan aku je. Saje nak bagi alasan tak nak work out.

Menu work out hari ini simple je. Walaupun aku teringin nak follow balik work out yang pernah aku buat dulu. Tapi pelan-pelan kan. Tambahan lagi berat aku bertambah berbanding dulu.

Jadi ini yang aku buat dalam tempoh sejam pagi tadi:

Lari atas treadmill - 15 minit w/o incline, 5 minit w incline.
Ajar my nephew work out dan guna mesin.
main dumbbell 2.5kg rep 8,5,2 satu round je.
kemudian lari sikit-sikit lagi atas treadmill dan bycycle.

Kesimpulannya, tak lah hard sangat workout hari ini. Lebih pada dapatkan keyakinan balik untuk main gym dan luangkan masa dengan nephew aku ni.

So done for today!

Doakan aku kuat untuk lawan nafsu makan. Sebab depan mata ni terhidang 101 jenis menu sedap.

Sarapan:
Jam - 8.15am
Telur separuh masak 2 biji

Lunch:
Jam - 12.15pm
Ayam goreng 3 ketul (peha, tight dan serpihan dada ayam)

Dinner:
Jam - 8.10
Sup ekor + Cendawan tumis + ayam goreng paha seketul

Air Masak:
4 liter

Monday, 25 March 2019

Mee Bandung!

25 Mac 2019
2240

Tuk...tuk...tuk... mataku ngantuk!

Still, kena tulis. Sebagai usaha untuk maintain diet.

Sebut pasal diet. Dugaan lagi hari ini.  

Jam 2.45 petang:

Aku tersedar dari tidur. Lantas dalam keadaan lesu, aku meninggalkan bantal empuk dan katil king size ku. Cuaca yang hangat panas membuatkan rongga tekakku terasa dahaga. Memang sudah dimaklumkan semalam, cuaca di Malaysia kebelakangan ini akan meningkat tinggi bahkan mungkin mencecah 38 darjah. Tambahan pula botol air dua liter yang sentiasa menjadi peneman di bilik sudah pun kering tidak berisi.

Pintu bilik ku buka. Wushh! Angin berebut menerpa ke dalam bilik sebaik sahaja pintu terbuka. Rongga hidungku menangkap suatu bauan yang sangat mengiurkan. Sekelip mata otakku bekerja menbuka peti simpanan memori mencari jawapan, "bau apakah ini?"

Langkah kakiku semakin pantas. Dek kerana rasa ingin tahu yang berkobar. Mataku melilau ke seluruh ruang dalam rumah. Mencari dari mana sumber bauan ini datang. Di hati kecil ku berharap, biarlah bau ini datang dari rumah sebelah. Mungkin rumah sebelah ada buat jamuan kecil untuk keluarga dia.

Dengan bantuan panca indera milik tuhan yang tidak berapa pesek, tidak pula terlampau mancung. Bersesuaian dengan struktur wajahku yang bila orang nampak orang akan bertanya, "asal hidung kau macam tu?"

Aku mula dapat mengesan sumber bauan tersebut. Segera aku melangkah. Nyatalah bauan itu tidak lain datangnya dari arah dapur rumahku. Kedengaran hingar bingar bunyi pingan mangkuk bermesra dengan air dan sabun cucian. Kedengaran juga bunyi buakan air atau lebih tepat kuah dari dalam periuk yang sedang menenggek di atas api dapur.

Kelihatan tutup periuk tersebut terbuka sedikit memberi peluang asap dan bauan tadi keluar menusuk-nusuk rongga hidungku. Sekaligus memberi peluang kepada perut ku untuk berbunyi dan akhir memaksa bibirku menyembur perkataan, "Masak mee bandung ke ibu?"

Nasib badan....

Mee bandung adalah antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Kebetulan pula hari ini, bila dah ramai anak cucu balik kampung, atok neneknya datang rasa nak makan mee bandung. 

Kesianlah kau pak cik... huhuhu.

Aku pun dengan penuh rasa berserah membuat keputusan untuk makan sajalah mee bandung ni. Tapi jangan lebih-lebih. Mee kuning ambil dalam satu setengah senduk je. Tak banyak pun dapat, tak percaya cubalah. Kemudian kuah pun taklah banjir sangat. Beragak je.

Well, tu lah namanya rezeki kan.

Hopefully untuk akan datang akan diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menempuh segala ujian.

AMIN!


#roadto100in5month

Sunday, 24 March 2019

Godaan & Ujian

25 Mac 2019
0939
Taman Dagang, Klang


2nd day of my journey...

Jam 9 pagi anak saudara kejut untuk sarapan. Entah kenapa selepas subuh tadi ngantuk sangat. Ingat nak tidur kejap, tapi lajak sampai jam 9.

Then, bersiap nak sarapan. Plannya nak makan telur dadar dengan timun macam semalam. Lazimlah cuti sekolah, anak-anak saudara semua balik kampung. Jadi riuh-rendah rumah 2,3 hari ni.

Allahu... godaan...ujian... aku terlupa. bila orangnya ramai, menu hidangannya juga banyak. Aku lihat atas meja penuh dengan bungkusan makanan.

Nasi lemak! Bihun goreng! Mee goreng! Kueh Tiau goreng!

Menangis pak cik kau ni nak 😢😢

Awat la tak dihabiskan semuanya sebelum aku bangun.

Aku pula jenis pantang orang bazir-bazir ni. Terutamanya makanan!

Pelan-pelan aku ke dapur, goreng telur dadar yang baki semalam. Bawa pinggan ke meja makan, Duduk di depan makanan-makanan tersebut.

Tangan ni pula beberapa kali da gatal duk belek-belek bungkusan-bungkusan tu.

"Oh tuhan, kuatkanlah!!!" 😆

What a long 30 minutes... hahaha. Lucu. Aku berjaya melawan nafsu yang seringkali membisik, "makanlah, tak elok membazir."

Fuh...!

Anyway, semalam belum rasa ketosis sangat. feeling okay la. plan ingat nak mula minum Xtive Fat Burner hari ini. Tapi tak jadi. Tangguh petang ni atau esok la, Insya Allah...

Sarapan:
Jam - 9.00
Telur dadar (baki semalam) + Telur Mata Sebiji + Karipap 2 biji (tak boleh sebenarnya).


Lunch:
Jam - 1.45pm
2 ketul ayam goreng dada + sayur sawi masak air + kari daging (daging shj mangkuk kecil)


Dinner:
Jam 6.45pm
Mee Bandung 😢😣


Air Masak:
4 liter





Saturday, 23 March 2019

The Beginning Of My Journey

24 Mac 2019
1136
Taman Dagang, Klang.

Bermulanya sebuah perjalanan,
Berbekalkan sebuah harapan dan keazaman
Ditemani dengan kesabaran
Aku melangkah sebuah permusafiran
Dari 3 digit kepada 2 digit perkiraan...


Xtive Fat Burner 100% stevia


Xtive Fatburner - buyed!
Join grup Team Ilmu Kurus - done!
Diet Choice: ATKINS - done!
Langkah pertama - done!

Hari pertama mulakan langkah untuk kembali berdiet setelah banyak kali percubaan dilakukan kecundang di tengah jalan.

Bak kata orang, kisah yang lepas jangan dikenang. So, kita mulakan sekali lagi. Mudah-mudahan usaha kali ini memberi hasil yang memberangsangkan.

Sejarah Diet!

Sekarang umur nak masuk 31 tahun. Niat nak diet dah terasa sejak dari umur 28 tahun lagi. Pernah berjaya sebulan diet ATKINS, ade penurunan. tapi kecundang bila member serumah masak sedap.

Kemudian tahun lepas berjaya buat diet lagi sebulan juga kalau tak silap. Maintain separa ATKINS,  kemudian masuk gym. Berjaya turun hampir 20kg. Tapi lepas tu ke laut bila mula bekerja dan waktu makan tak menentu.

Walauapapun, itu kisah dulu. Kali ini, kita cuba lagi.

Biar gagal banyak kali, asal jangan mengalah walaupun sekali.

Biar berjuta kali kita jatuh terduduk, bila dah tenang jangan lupa untuk kembali berdiri.


24 MAC 2019


Sarapan:
Jam - 9.00am
Menu - Telur dadar (3 biji, kacau then bahagi 2 portion. 1 portion pagi, 1 portion dinner) + timun jepun suku batang + teh o suam kurang manis 3 gelas. 

Lunch:
Jam - 12.00pm

Ayam goreng d (2 ketul bahagian dada) + timun (suku batang)

Dinner:
Jam - 8.00pm
2 ketul ayam goreng kfc + coleslaw (large)

Air Masak:
3.8liter




Personal Data:
Tinggi: 168cm
Berat: 158kg
Lengan: 17.5 inch
Peha: 34 inch
Pinggul: 59 inch
Pinggang: 58 inch
Dada: 56 inch