Monday, 25 March 2019

Mee Bandung!

25 Mac 2019
2240

Tuk...tuk...tuk... mataku ngantuk!

Still, kena tulis. Sebagai usaha untuk maintain diet.

Sebut pasal diet. Dugaan lagi hari ini.  

Jam 2.45 petang:

Aku tersedar dari tidur. Lantas dalam keadaan lesu, aku meninggalkan bantal empuk dan katil king size ku. Cuaca yang hangat panas membuatkan rongga tekakku terasa dahaga. Memang sudah dimaklumkan semalam, cuaca di Malaysia kebelakangan ini akan meningkat tinggi bahkan mungkin mencecah 38 darjah. Tambahan pula botol air dua liter yang sentiasa menjadi peneman di bilik sudah pun kering tidak berisi.

Pintu bilik ku buka. Wushh! Angin berebut menerpa ke dalam bilik sebaik sahaja pintu terbuka. Rongga hidungku menangkap suatu bauan yang sangat mengiurkan. Sekelip mata otakku bekerja menbuka peti simpanan memori mencari jawapan, "bau apakah ini?"

Langkah kakiku semakin pantas. Dek kerana rasa ingin tahu yang berkobar. Mataku melilau ke seluruh ruang dalam rumah. Mencari dari mana sumber bauan ini datang. Di hati kecil ku berharap, biarlah bau ini datang dari rumah sebelah. Mungkin rumah sebelah ada buat jamuan kecil untuk keluarga dia.

Dengan bantuan panca indera milik tuhan yang tidak berapa pesek, tidak pula terlampau mancung. Bersesuaian dengan struktur wajahku yang bila orang nampak orang akan bertanya, "asal hidung kau macam tu?"

Aku mula dapat mengesan sumber bauan tersebut. Segera aku melangkah. Nyatalah bauan itu tidak lain datangnya dari arah dapur rumahku. Kedengaran hingar bingar bunyi pingan mangkuk bermesra dengan air dan sabun cucian. Kedengaran juga bunyi buakan air atau lebih tepat kuah dari dalam periuk yang sedang menenggek di atas api dapur.

Kelihatan tutup periuk tersebut terbuka sedikit memberi peluang asap dan bauan tadi keluar menusuk-nusuk rongga hidungku. Sekaligus memberi peluang kepada perut ku untuk berbunyi dan akhir memaksa bibirku menyembur perkataan, "Masak mee bandung ke ibu?"

Nasib badan....

Mee bandung adalah antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Kebetulan pula hari ini, bila dah ramai anak cucu balik kampung, atok neneknya datang rasa nak makan mee bandung. 

Kesianlah kau pak cik... huhuhu.

Aku pun dengan penuh rasa berserah membuat keputusan untuk makan sajalah mee bandung ni. Tapi jangan lebih-lebih. Mee kuning ambil dalam satu setengah senduk je. Tak banyak pun dapat, tak percaya cubalah. Kemudian kuah pun taklah banjir sangat. Beragak je.

Well, tu lah namanya rezeki kan.

Hopefully untuk akan datang akan diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menempuh segala ujian.

AMIN!


#roadto100in5month

No comments:

Post a Comment